Want your
own Fotopage?









 
Fotopage Askar Jahat
Catatan Perjalanan AskarJahat
By: askar jahat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 23-Jan-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Annual Sales Meeting Team Building

tgh2 nak bersiap
tggu kawan2 yg belum tkr baju
cikgu pian start mengajar pasal safety
View all 24 photos...
Wahai Jurnal,

Kemasukan (Entry) ini adalah untuk memenuhi permintaan Erwansya@Mike.

Tahun ini, company aku buat benda teambuilding yg special sikit. Biasa2nya duduk kat opis, buat latihan VIP, atau main kad utk resemble sales situation, bapak boring pun. Jadi tahun ini, Host (Rasman) & aku deputy host, menganjurkan permainan team building paintball. Sengaja utk mewujudkan suasana di mana kerja berpasukan adalah penting, menjana semangat setiakawan, dan berupaya bekerja dalam tekanan. Tapi mostly, pasal nak pergi bermain je .

Ada 5 team hari tu, cuma ada 20 org je yg main, yg lain2 menarik diri kerana komitmen lain, atau pun dia org ini chicken je sebenarnya. Satu team 4 org, satu game 5 minit, cara utk menang, dapatkan flag anda di tempat musuh dan bawa pulang, atau yg lebih senang, terminate them all.

Memang best main, memang lah ade injury sikit2, tapi takdelah akan membawa maut andai semua larangan keselamatan di patuhi. jemput lah lihat gambar dan ulasan, sila sila.






memang gempak la lu orang organize meeting this year. kalau main kad takleh nak kickass sangat. haha! say hi to the guys. Mon 29-Jan-2007 22:21
Posted by:m i k e erwansya@gmail.com
Pergghh tenat tenat......dahlah panas.... Tue 6-Feb-2007 02:04
Posted by:Sting luthfi_chan@yahoo.com
Add comment


Sunday, 14-Jan-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Norhisham@Black, Akhirnya Kahwin

Pengantin Lelaki
Pengantin Perempuan
Mereka disatukan
View all 7 photos...
Wahai Jurnal,

Black, di mana asal usul nama Black, entahlah, kulit dia gelap sgt kot, memang tak jauh sgt dari realiti. Tapi kenapa nama Black mula di panggil, kerana katanya, semasa itu (MRSM Jasin SPM 96) terlampau ramai lelaki bernama Hisham, jadi utk kelainan, Black (yg agak western) menjadi gantinama. Dia meningkat dgh masyhurnya, menjadi seorang anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), secara automatik apabila dia menjadi Ketua Lembaga Disiplin Pelajar. Tamat MRSM, dia menyertai AAD di Kuantan, aku pun join sama, tapi dia budak spring, advance lah org bijak, aku join masa summer, org yg normal normal shj. Tak sampai setahun, dosa2 Anwar Ibrahim menyebabkan aku dan kesemua pelajar AAD tidak dapat fly. Aku & Black serta kawan2 lain, berpindah ke UTP Tronoh.

Kami menjadi teman serumah, seorang lelaki yg unik dan istimewa, sentiasa menjadi tumpuan. Dibuktikan sekali lagi apabila dgn mudah menjadi Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar MPPUTP.
Sekarang menjadi PTD di Kerajaan Negeri Melaka, Bahagian Tanah Ye? Black aku dgn ikhlas, mengucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga yg hebat & terindah utk anda suami isteri.


tahniah, selamat berbahagia
more updates @ http://daingma.fotopages.com
Sat 27-Jan-2007 16:06
Posted by:daing daingma@yahoo.com  - [Link]
selamat berbahagia ..... Sat 27-Jan-2007 16:54
Posted by:doubleukayes doubleukayes@yahoo.com  - [Link]
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...amin......... Wed 31-Jan-2007 08:53
Posted by:dob
Add comment


Sunday, 24-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Taqi & Naiza

aku honestly rasa rambut tu perlukan penyesuaian lah
ejen tgh testing gambar
zam, zam, zam, kau tgk camera tersembunyi atas lantai tu....gila
View all 5 photos...
Wahai Jurnal,

Kedua dua nya aku kenali dari MCC Kuantan. Aku mengenali Naiza, hanya dari jauh. Aku agak rapat dgn Taqi, seorang lelaki yg istimewa & unik. Kedua duanya sepadan dan sesuai. Tahniah & moga2 perkahwinan ini selalu indah sampai ke akhir hayat.




p/s: Siut lah, ini bukan nya jadi catatan perjalanan ni, ni dah jadi album org kahwin dah fotopages aku ni, loser lah gua

Care to comment?


Saturday, 23-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Malam Bermain Futsal

player ni
Nico: Aku dgn Datuk Seri Samy Vellu tu, memang kamcheng
Macai: Eh, awak jangan lah amik gambar saya
View all 4 photos...
Wahai Jurnal,

Sempena majlis perkahwinan Naiza & Taqi pada 23 dan 24 Disember, satu permainan futsal telah di jalankan. Ini lah gambar2 nye.


Dari Belakang Kiri : Dobi, Sepupu Ruhan, Aku (Non-Playaz), Ma-Ma-Ma-Macai, Abg Ipar Ruhan
Duduk Di Tengah:Muhsin, Ruhan Sendiri, Nico, Arip, Bozo
Mencangkung: Maper, Azury


Jauh Di Hujung Sana: Amirah (Isteri Muhsin) Mitra

Care to comment?


Sunday, 10-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Air Terjun Kota Tinggi & Sekitar JB

Kedai aku bfast kat Kota Tinggi
nampak tak semut, nampak tak?
ni lah tempat yg paling tggi kami naik
View all 15 photos...
Wahai Jurnal,

Siut lah. Aku rasa fotopages aku dah jadi album untuk org lain kahwin pulak. Tapi banyak tempat yg aku pergi pasal keluar dari kawasan pun, pasal nak pergi kenduri kahwin. Nak di fikirkan, jarang sangat aku pergi holiday. I have my own things. But lately, the thought of backpacking to europe or caribbeans (betul ke eja) menghentak hentak kepala aku. Bila lah boleh.

Pagi tu bangun lewat, syoh sungguh tido. Tak bfast kat Pasir Gudang, jauh sikit pegi. Pergi ke Kota Tinggi, bfast kat sana. Best gak nasi lemak dia, gambar kedainye aku amik, gambar nasi lemaknya tak sempat. Kenape ke Kota Tinggi, nak ke Air Terjun Kota Tinggi yg gah di ceritakan org. Boleh tahan gak lah tempat nya, tapi dah commercial lah, RM9 satu kepala nak masuk, org bujang oklah, keluarga anak 9, mgkn ada carut sikit kot. Kereta yg masuk pun kena gak, RM5.



Lepak berendam sampai tghari sikit, tghari pergi makan nasi ayam paling sedap kat Kota Tinggi kata Dobi, layan je lah, asal dah lapar swimming tu, memang sedap je makan. Siap makan, solat seround, lepas tu pergi pusing2 ke JB. Cuma snap beberapa gambar je lah, tak sempat nak jadi foot soldier to aim and shoot. Hujan pun, tanda2 awal Johor nak banjir kot masa tu, tapi masa tu ingat hujan biasa je.





Petang itu, bas aku bergerak dari Larkin jam 5 ptg.


Care to comment?


Saturday, 9-Dec-2006 12:59 Email | Share | | Bookmark
Ke Mersing, Perkahwinan Azhan & Bertemu Dobi

rumah dob, rumput pun dah tumbuh kat atas
on the way ni
power kamera kau sarip, boleh lipat2 ni
View all 26 photos...
Wahai Jurnal,

Aku turun JB hari itu, projek 3 hari 2 malam, aku bertolak naik bas malam tadi. Takyah lah aku tunjuk gambar bas, korang bukan tak biasa tgk bas kan. Kawan sejalan aku Sarip. Sampai Pasir Gudang pkl 430 pagi macam tu, dobi dtg amik, lepas tu lepak2 kat rumah dia. Tak sempat nak tido dah pagi tu, dalam pkl 10 pagi, dah gerak nak pergi ke Mersing.



Yg ikut pergi rumah An, Aku, Sarip, Dobi, Mikel & Amrom. Muhaimin@Chot pun turun gak dari Kerteh, 5/6 jam gak tu.

Azhan Ahmad, baik org nye, bersopan santun. Aku kenal dia dari MRSM Jasin lagi. Budak dorm sebelah. Tapi masa tu tak berapa mesra sgt, maklumlah, aku agak coarse kot, tak sesuai dgn style An. Bila tamat Jasin, pindah ke MCC Kuantan, buat AAD utk ke US. Haram tak fly pun. Kat sini mula rapat dgn An, pasal kami kawan sekelas English Advance. Dia pun dah tahu, aku tak jahat mana pun.

Then as fate made it, kami pindah ke UTP, jadi housemate, jadi roomate, become as friend and brother to each other. Dan sekarang, dia adalah suami seseorang. Selamat berjaya dan moga yg terhebat utk anda.






Lepas kenduri tu, pegi makan goreng pisang cicah kicap, ye betul ini perangai org johor (maaf org johor). Sambil tu lepak lah tepi pantai tgk keindahan pantai Mersing. Sambil lepak2 tu, Mikel dapat panggilan, Mak Mentua dia ajak dtg rumah makan laksa. Pergh, memang tak larat dah, tapi memenuhi jemputan, kita pergi je lah n jamah sikit2 ye. Tapi yg sedihnya, 2 mggu lepas tu, rumah mak mentua mikel banjir, rumah tenggelam sampai ke siling.




Lepas magrib, pergi ke Danga Bay, tempat paling hot yg dobi boleh bawak utk lepak waktu malam, tapi service sux sikit. Mgkn org ramai kot, lagi pun tak tip pun. Pasal takde servis bagus, pindah ke Anjung Warisan, lokasi penggambaran Dunia Anita. Lepak sampai 1 pagi, lepas tu balik ke Flat MMHE utk tido.



Tido malam yg nyenyak.....

ha ha ha..mcm suit lah hang zam, gambor rumput atas umah aku pun hang amik,,,anyway,,,jgn serik nak turun JB lagi udah ler,,,, Thu 18-Jan-2007 04:07
Posted by:dob
lain kali betulkan pintu bilik air ye, n lain kali kena bawak sleeping bag pulak.... Thu 18-Jan-2007 06:46
Posted by:askarjahat zamri.che@gmail.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 11-Nov-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Mohd Faiz @ Mikel Menamatkan Zaman Bujangnya

dato black n bakal adik ipar pun ade
hujan lebat mike kahwin, sejuk rumah tangga kata org
antara yg datang
View all 7 photos...
Wahai Jurnal,

Mikel dah kahwin, ha ha, antara kawan2 yg lama gak di kenali. Kenal dia dari MRSM Jasin lagi, batch 95/96. Gengster masa kat Jasin dulu, nampak je kecil. Tapi macam2 aktiviti malam yg dia buat.

Alih2, terjumpa balik kat UTP, dia pun masuk UTP jugak, pasal MARA tak bagi kami fly. Alih2, bila pindah ke rumah luar, jadi housemate pulak. Lepas grad, kerja kat Lumut kejap si Mikel ni, selalu gak dtg lepak2 rumah aku, maklumlah, aku grad lewat. Kendian join Petronas Dagangan, after that, he is set for life. Dan sekarang dia sudah kahwin.

Tahniah Mikel.


Care to comment?


Sunday, 8-Oct-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Iftar dgn Abah & Mak

 
mak aku pose
ni susunan sebelum berbuka
Wahai Jurnal,

Aku bawak mak & abah pergi berbuka ke Muzium Kesenian Islam. Masakan nya lebih kepada style asia tengah. Lain lah sikit dari selera yg selalu di makan. Tapi oklah sesekali je kan.




Care to comment?


Wednesday, 6-Sep-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Bertemu Yg Di Pertuan Agong

dewan tun templer
pengawal medan masuk berbaris
contoh pengawal medan
View all 15 photos...
Wahai Jurnal,

Hari ini aku berjumpa Yg Dipertuan Agong. Jarak paling dekat lebih kurang dalam 5 meter, aku tak pergi lebih dari jarak tersebut tanpa kamera. Aku tak nak membangkitkan ke aktifan aide de camp baginda.

Adik aku, Leftenan Zahrin telah di tauliahkan sebagai pegawai di dalam Tentera Darat Malaysia pada hari ini.


Care to comment?


Friday, 1-Sep-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Adi Sentul, Adi Tough, Asrol Hadi

cuak weh
apehal org lain tak dapat kusyen alas duduk
tok kadi ni pun mintak lesen ke
View all 9 photos...
Wahai Jurnal,

Balik je dari US, ade 2 kenduri menunggu. Kedua duanya penting. Kawan rapat beb. Brotherhood is there. Letih tak hilang lagi, tapi takpe, yg ini kat Kelana Jaya je. Dekat je.

Ok , lelaki ini bernama Asrol Hadi. Isterinya Nazatul.

Asrol Hadi,
Aku kenal dia lama dah. Dari hari pertama kot masuk UTP, kenal muka lah, badan, tegap, tggi, putih, hensem, dan antara org paling awal ada awek. Perghh, power.

Secara rasmi aku kenal dia masa nak pergi pukul budak, gila lah, aku tak pukul budak beb, aku cukupkan korum je, jiwa damai macam aku ni tanpa disangka2 telah di cap gengster lak, masa tu lah kenal Adi, secara rasmi. Memang situasi tu tak murni sgt lah, tapi permulaan persahabatan yg jujur.

Menjadi lebih rapat bila mula praktikal, dia di Tower 1 KLCC bersama dgn kompeni gah Petronas Carigali, aku di Tower 2 KLCC, bersama dgn kompeni yg dah tutup OGP. Tiap2 petang ade teh tarik session, sambil hisap dunhill & marlboro lights. Ganas, jiwa pun muda lagi. Sehingga sekarang masih lagi bersahabat.

Semuga bahagia ke anak cucu.





Care to comment?


[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.