Want your
own Fotopage?









 
Fotopage Askar Jahat
Catatan Perjalanan AskarJahat
By: askar jahat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]
Thursday, 31-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Suaminya: Tengku Ahmad Nawab & Isterinya: Liza

Pengantin sambut kami
first time aku jumpa pengantin sambut tetamu
Suami & Isteri
Wahai Jurnal,

Tengku Ahmad Nawab, biasanya org panggil Nawab shj. Org Kemaman, anak bongsu.

Aku kenal dia dari cerita org, khabar dari MCC Banting, aku di MCC kuantan. Kemudian bertemu di UTP tronoh, menyewa di belakang rumah yg aku sewa di Taman Desa Tronoh. Pelajar Jurusan Kejuruteraan mekanikal. Selepas pulang dari latihan industri, aku Azhan Yopy Adi & Nawab, kami semua tinggal serumah di Taman Tasik Putra pula.

Tamat pengajian, Nawab menyertai PFCE, menjalankan kerja2 servis valve. Bertemu jodoh dgn gadis berasal dari Kuala Terengganu bernama Liza. Agaknye, sebab itu lah dia gemar menyanyikan lagu Lizawati.



Entry ini adalah untuk meraikan perkahwinan seorang yg aku kenali dalam perjalanan hidup aku.

hmmmm.....happening habes pelamin nih....macam ape ek?tah tapi happening lar....hehe Tue 26-Dec-2006 14:59
Posted by:anden  - [Link]
Add comment


Saturday, 26-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pulang

Kat Narita Duty Free
Kat Narita nak masuk terminal
lepak kat singapore, buku beli kat hawaii n narita
Wahai Jurnal Saya

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. 26 Ogos, aku bertolak pulang ke Malaysia. Perjalanan pulang memang memeritkan. Tapi setiap sesuatu pasti ada harganya. Transit di Narita dan Singapore, di Singapore aku tido dekat Burger King sambil tggu flight pagi.

Sampai KLIA pagi, amik limo, tempat pertama yg aku suruh dia hantar aku, ialah R&R Dengkil, bantai nasi lemak n teh tarik, perghh stim giler.......

Care to comment?


Friday, 25-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Terakhir

dari hotel ke ala moana
tesen ala moana
bus stand kat depan
View all 64 photos...
Wahai Jurnal Saya,

Hari ini hari terakhir untuk berjalan2 di Hawaii ini, esok pagi dah nak bertolak pulang. Hari ini adalah hari free & easy. Pagi aku nak pergi buat Grand Circle Island aku, pusing seluruh pulau Oahu dgn menaiki bas. Tapi tak boleh lah nak stop2 n turun, mau lewat sgt aku sampai balik ke Honolulu tu nanti. Pusing pulau akan amik masa dalam 4 jam, jadi aku kuar hotel awal gak lah, dalam pkl 8 pagi, nak amik bas kat Ala Moana, tempat ini kiranya sebagai transit bas seluruh pulau Oahu.Keliling pulau ini, dapat lihat keseluruhan pulau Oahu, dari tanah rendah ke tanah tinggi, dari pantai ke ladang nenas, Kopi, Nenas dan Gula adalah eksport utama Hawaii, pelancongan adalah aktiviti ekonomi terbesar di Hawaii. Pelawat ke Waikiki n Oahu mewakili 80 peratus pelawat ke Negeri Hawaii.



Petang nya aku pergi mendaki bukit hari. Nak mendaki Diamond Head, Diamond head ini asalnya adalah kawah gunung berapa yg sudah tidak aktif. Ia merupakan puncak tertinggi di area Waikiki. Kawasan ini di jadikan look out point untuk US Army melihat kalau pihak musuh datang dari laut dan akan mengarahkan artillery di Army Museum (Fort De Russy) untuk menembak kapal musuh. Letih gak nak sampai ke puncak.

hmm... syoknya gi jalan-jalan kat Hawaii...
Saksikan keindahan hidupan laut di http://ibresources.fotopages.com/
Mon 25-Dec-2006 12:27
Posted by:dR ali drali@miosh.net  - [Link]
Add comment


Thursday, 24-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Honolulu & Island Circle

kat swimming pool hotel aku, tapi aku tak pergi berenang pun
ni dari bilik aku, depan tu ade terusan
ini area perumahan tepi bukit
View all 40 photos...
Wahai Jurnal Saya

Hari ini hari ke 3 di Hawaii, petang nanti ada mini tour untuk pusing sekeliling pulau Oahu. Ok lah kot, tapi mgkn tak best sgt, cuma jalan dan singgah tempat2 di sekeliling pulau.

Pagi tu aku dan Chow pergi ke Honolulu, ingat nak ke Punchbowl Cemetery, tapi jauh sangat nak pergi dengan jalan kaki dari Ala Moana Centre. Akhirnye, cuma jalan2 sekitar Honolulu.

Report adalah seperti berikut.


Care to comment?


Wednesday, 23-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ke Pearl Harbor, Honolulu dan Army Museum

Pagi lagi dah sampai sini, kene beratur gak lah nak masuk, free.
nak pergi kat monumen putih itu
close up dekat sikit
View all 35 photos...
Wahai Jurnal Saya,

Di Hawaii pun aku ambil pakej jugak, sebab utama untuk jimatkan kos penginapan. Pakej di Hawaii kali ini tak berapa sibuk sangat lah. Cuma waktu pagi tu shj ada tour, petang aku bergerak sendiri. Banyak masa kosong utk aku spend sendiri.

Ada 3 tempat yg aku pergi pada hari itu,
Pearl Harbor
Honolulu
Army Museum at Waikiki


Gambar gambar ada di bawah ye.


Care to comment?


Tuesday, 22-Aug-2006 12:58 Email | Share | | Bookmark
Aloha Hawaii

atas flight, dapat duduk depan, lapanglah kaki sikit
atas flight, saje nak snap2 gambar
dah nampak pulau Oahu
View all 17 photos...
Wahai Jurnal Saya,

ALOHA

Aku di beritahu oleh guide aku kat Hawaii ini, Aloha boleh disebut dgn 3 cara dan membawa 3 maksud yg berbeza. Aku pun dah tak ingat exactly ape benda ke 3 tiga benda tu, tapi kalau tak silap aku, bawa maksud apa khabar, I love U dan satu lagi aku tak ingat.

Aku sampai kat Hawaii dah tengahari dah, check in hotel, pegi makan jap, lepas tu terus lepak kat pantai, lepak je lah, jalan2 sikit

Enjoy the picture


ski air? aku rasa tu luncur air.. ntahle.. tak pernah jejak kaki ke bumi hawaii lagi Fri 15-Dec-2006 08:25
Posted by:Nkl
ha ha ha, ye kot, aku tak jumpa perkataan yg sesuai lah, betul luncur air......my bad...sories.... Fri 15-Dec-2006 16:20
Posted by:askarjahat zamri.che@gmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 21-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ke Pantai Santa Monica & Venice

complex beli belah, tak masuk pun, nak ke pantai
ada amusement park, atas jeti kayu
pantai yg panjang
View all 16 photos...
Wahai Jurnal Saya,

Pantai Santa Monica & Venice sebelah2 je. Jalan kaki pun boleh sangat. Langsung tak jauh. Dan tak berpeluh. Agak sejuk jugak.

Venice popular dgn tempat org bersukan dan bina badan. Ada gymnasium terbuka. Jadi ramai lah atlet2 yg sedang berlatih. Agak kagum juga tengok ramai org main basketball dan berjogging tengahari buta. Tapi cuaca pun baik, dingin utk yg berjalan kaki, agak2 baik utk yg berlari.


macho la abg zam. Mcm nigga. Wazzzapp!! Sat 25-Nov-2006 12:58
Posted by:iceroll
Add comment


Sunday, 20-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Berjalan di antara bintang bintang di Hollywood

hotel yg aku duduk ada tema filem, ini film yg aku suka
ada fire inspection pagi tu, banyak gila kereta bomba kat depan
ini gereja tom cruise
View all 20 photos...


Wahai Jurnal Saya,
Pada hari ini, aku pergi bersiar2 di hollywood. aku try book sebuah hostel di hollywood, tapi agaknya pasal ada glitch, dari book 2 org, dah jadi seorang, habisnya aku, chow dan asep terpaksa cari hotel lain utk stay. Agak susah nak cari penginapan pada musim panas, jadi book awal ye.

Care to comment?


Saturday, 19-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Filem2 di Universal Studio

kat pintu depan universal studio
patung belakang aku tu, sorang darinya manusia
konon2 rumah hantu van helsing
View all 18 photos...
Wahai Jurnal Saya,
kalau korang student MRSM, korang mesti pernah dapat tugasan ini, biasanya dalam kelas Bahasa Inggeris. Tak ada kaitan pun dgn Universal Studio. Cuma aku teringatkan mengenai jurnal. Hampir keseluruhan masa, jurnal itu cuma penipuan atau peniruan.

Yang ini kat depan Universal Studios



Aku letih lah nak cerita banyak2, korang tgk je lah gambar, aku letak ulasan sikit kat bawah,
kalau tak tak tahu lah bila nak sampai ke waikiki, Hawaii.

dlm jurnal aku dulu ade jugak la aku cite bende yg betul. Aku sayang mak aku la, aku sayang bapak aku la, aku sayang akak aku la, aku sayang adik2 aku la... Fri 24-Nov-2006 11:28
Posted by:iceroll
sebab tu aku cakap "hampir keseluruhan", biasalah kebenaran yg bercampur dgn penipuan kan lebih sedap di dengar Fri 24-Nov-2006 12:32
Posted by:askarjahat zamri.che@gmail.com  - [Link]
Add comment


Friday, 18-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Laughlin & London Bridge

Colorado Belle, Hotel sebenarnya ni, bukan nya kapal ye
boleh nampak ikan dalam colorado river
lepak2 tepi sungai
View all 18 photos...
Actually entry ini agak boring sikit. Mungkin kita orang Malaysia jarang dengar 2 tempat ini. Laughlin masih lagi dalam negeri Nevada. Oleh itu, bandar ini adalah bandar yg halal utk berjudi gak lah. Sebenarnya bandar ini kecil je lah, dan strip nye tidak lah semeriah di LV. Tapi kenapa bandar ini di wujudkan? Sebenarnya bandar ini di buat utk memenuhi keperluan penduduk di seberang Sungai Colorado, Bullhead City. Bullhead City adalah satu bandar utk warga tua, bandar di mana org datang dan tinggal utk menikmati usia pencen mereka. Jadi warga tua ini dapat menghabiskan masa lapang mereka dgn berjudi di Laughlin.

London Bridge pulak sebenarnya terletak dia Lake Havasu, Arizona. London Bridge yg ada di sini adalah Jambatan asal di London. ApabilaKerajaan Britain ingin meruntuhkan London Bridge, seorang usahawan dari US telah membeli jambatan ini dan membinanya kembali di kampung nya. Jambatan ini di iktiraf sebagai antik terbesar di dunia.

Care to comment?


[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.