|
|
| Wednesday, 16-Aug-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Majestic Grand Canyon
|
|
Aku nak wewujudkan kesan dramatik sedikit macam fotopages org lain yg mana dia org letak gambar besar dekat tempat area text itu. Tapi aku tak tahu macam mana nak buat lah, kalau ada yg sudi mengajar, tolong private message saya ye, terima kasih.
Esoknya bangun shj daripada tidur, kami bertolak ke Grand Canyon. Pagi lagi dah bangun, kami berkumpul dalam pkl 7 pagi macam tu, perjalanan pergi ke Gran Canyon daripada LV lebih kurang 7 jam. Tak banyak sgt benda2 yg menarik dalam perjalanan terjadi. Tapi memang letih lah naik bas. Sampai dekat Gran Canyon, pergi ke National Geographic Visitor Center dulu, di visitor center ini, boleh dapat maklumat latar belakang mengenai Grand Canyon. Ada jugak Imax kat sini, kalau berminat boleh lah tgk. Infact, hampir kesemua tempat yg aku lawati di US ini pasti ada Imax Theater, aku tak pernah masuk pun, patutnya try ek.
Lepas berenti kat Visitor Center n makan, baru gerak ke Grand Canyon nye, musim panas memang ramai org. Tempat yg paling senang nak pergi ialan North Rim inilah, biasanya banyak pelancong ke sini, di buka sepanjang tahun. Walaupun begitu, luar drpd musim panas, facilities agak limited sikitlah. Masa musim sejuk, bersalji jugak di sini. South Rim, dengar cerita lebih cantik, tapi susah nak ke sana, walau pun jarak lurus dari north ke south lebih kurang 30 batu shj, tapi kalau ikut jalan yg sebenar, naik kereta kita akan drive sejauh 300 batu utk sampai. South Rim juga hanya di buka musim panas, lain drpd itu, terlampau bahaya utk dibuka kepada umum.But the reward is better.
Mula2 awal2 dulu ada jugak plan utk hike ke dasar, mgkn spend satu malam dekat dasar grand canyon, boleh camping atau duduk di cabin, tapi kebiasaan nya, utk book cabin tersebut, perlu masa selama setahun atau 2, bergantung pada availability. Dan agak mahal juga utk tggl di sana. Tak apelah, sampai pun ok lah ye, kalau ada rezeki lain bermalam lah di sana.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Aug-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Las Vegas the Sin City
|
 |
|
MGM Grand
|
|
 |
|
Patung singa kat depan MGM
|
|
 |
|
Fremont Street Market waktu siang, malam baru meriah
|
| | View all 17 photos... |
|
Aku tiba di Las Vegas lebih kurang 4 petang. Perjalanan menaiki bas daripada Los Angeles ke Las Vegas sebenarnya agak panjang dan menyakitkan jugak. Tahan jelah. On the way tu, singgah kat Barstow. Kat sini singgah di Factory Outlet Store, tapi tak berapa banyak kedai dan kurang menarik. Nak dibandingkan dgn Aurora, Aurora lebih best kot. Spend lebih kurang sejam disini, lompat dari kedai ke kedai tengok apa apa yg menarik. Tapi banyak masa di habiskan dgn lepak2 dan minum coke je lah.
Sampai2 di LV dapatlah rasa suasana bahang dan hangat padang pasir, memang terasa kepanasannya . Waktu itu pun nasib baik dah pukul 4 ptg. Sampai di LV, kami stop di depan MGM Grand, bersebelahan dgn MGM Grand ialah New York New York. Menarik gak tempat ini, pasal facade nye di buat seperti beberapa bangunan yg menjadi mercu tanda di Niw York City, tapi sebenarnya, kesemuanya adalah satu bangunan. Ada juga theme park di kawasan ini, boleh pergi naik rollercoaster. MGM agak besar. Orang cakap kalau masuk bangunan ini, agak payah nak mencari jalan keluar. In fact dekat mana mana kasino pun di LV memang begitu. mungkin sebab nak menggalakkan pengunjung berjudi sebanyak mungkin kot. Area ini dikenali sebagai The Strip, semua aktiviti yg menarik biasanya di buat di sepanjang jalan ini. Panjang juga jalan ini. Area ini lebih di kenali sebagai bandar baru.
Hotel kami, bagaimana pun, bukan di Strip la, mahal kot . Kami tinggal di kawasan bandar lama, bertentangan dgn Fremont Street Market. Nama hotel tu islah Hotel Plaza, katanya, hotel paling mahal kat area old town tu, tak taulah betul ke tidak. Hotel yg dah agak lama, tapi takde lah uzur sgt. Macam biasa, kat bawah tu ada jugaklah kasino yg besar. First time aku masuk dalam kasino, agak pening2 kepala jugak lah. ha ha ha
Banyak tempat yg best untuk di kunjungi, tapi aku tak ada masa yg banyak di LV. Petang tu lepas Dinner, lebih kurang 8 malam, aku start jalan2 di Fremont Market, dekat sini tiap2 malam, dia akan ada show lampu dimana bumbung itu akan macam menjadi panggung wayang, sakit sikit lah tengkuk nak mendongak. Tapi memang menarik, kalau ada peluang, pergi lah tengok.
kemudian aku pergi ke Strip, banyak tempat yg boleh di kunjungi, in fact banyak bangunan yg boleh di lihat lah, kalau ada masa boleh lah buat casino hopping. Dekat strip ini aku pergi tengok, air pancut menari mengikut lagu opera tenor Pavarotti, lepas tu jalan2 depan Paris, n amik gambar sikit. Dekat Paris ini, adalah satu satunya hotel yg menggunakan bahasa perancis di LV ini. aku pun tak pasti, ada market ke tidak, tapi nampak macam casino tu maju je. Kemudian aku pergi ke Flamingo casino, Flamingo ialah casino pertama yg di buka di LV ini, dekat area strip ini. Di buka oleh Bugsy Siegel, salah seorang mafia yg sezaman dgn Lucky Luciano. Ada movie lakonan Warren Beatty title Bugsy kalau tak silap aku, agak menarik gak untuk di tonton. Seberang jalan kami ke Venetian, ape yg menarik dgn Venetian ialah mereka ada membuat satu bandar di dalam bangunan yg seolah2 sama dgn Venice di itali, siap dgn canal dan gondolanya. N bila masuk ke dalam kawasan itu, anda mungkin lost track sama ada anda berada dalam keadaan siang atau malam. A very interesting place.
Sebelah dgn the Venetian, ada pulak Mirage, aku tak masuk ke dalam Mirage, tapi depan Mirage ini ada Volcano, man made lah, setiap 1 jam, dia akan buat konon2 macam berlaku letupan gunung berapi lah. Menarik gak tengok.
Tapi masa kat sini, bateri aku pun habis, agak frust gak lah, sepatutnya banyak lagi gambar yg boleh di ambil .
Malam itu berakhir kira2 jam 1 pagi. Geng2 yg lain pergi ke Kasino, aku tidur awal.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 15-Aug-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Disneyland Is For Kids
|
 |
|
ini hotel holiday inn west covina tu
|
|
 |
|
sampai kat parking naik kereta panjang
|
|
 |
|
ni kat pintu masuk nye
|
| | View all 60 photos... |
|
Itulah yg sebenarnya, Disneyland ini adalah tempat utk kanak2. Aku tak berapa enjoy sgt kat sini. Perasaan dia lebih kepada, oh aku dah sampai disneyland, macam ni rupanya Disneyland.
Taman Tema Disneyland ni tag dia, The Happiest Place on Earth. For kids, its true maybe. Tapi utk aku aku rasa ianya lebih kepada kegiatan komersial seekor tikus lah.
oh ye, kat sebelah Disneyland ini, ada Taman Disney Adventure, tapi kau kena upgrade tiket utk masuk ke taman ini, USD 20. Disney Adventure lebih sesuai utk adult, ade roller coaster macam tu lah. Tapi aku pun tak pergi ke sini.
Disneyland ada di bahagikan kepada beberapa tema, frontierland, new orleans, dan beberapa lagi...aku pun dah tak berapa ingat. Cuma ade 2 atau 3 tempat yg patut dilawati, macam Indiana Jones dan Pirates of Caribbean. Yg lain tu, kalau korang bawak anak2 korang, korang biar dia org je lah yg berlari kat depan.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 14-Aug-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
West Covina
|
 |
|
kedai ubat, kat sini beli lips gloss, bibir dah pecah2
|
|
 |
|
ada ikea gak kat sini, tapi org tak ramai macam kat the curve
|
|
 |
|
kaki letih, baring jap, sandal niagara tu
|
| | View all 10 photos... |
|
West Covina......takde pape pun kat sini, tapi kenapa aku ada kat sini, entahlah, tour agent tu hantar aku ke hotel ini. Hoh, lupa pulak nak cakap, sebelum bertolak ke US hari tu, aku survey kos perjalanan kalau hendak ke Disneyland, Universal Studios, Grand Canyon dan beberapa tempat lagi secara bersendirian, sangat mahal. Pilihan ke 2, ialah dgn join tour macam ni lah, agak jimat, tapi masa tight, n boring kt utk lelaki berjiwa rebel la. Tapi kos selamat banyak. Untuk 6 hari 5 malam punya tour, kos adalah USD350. Tidak masuk makan n minum ye. Tempat yg di cover Disneyland, Universal Studio, Grand Canyon, Las Vegas, to name a few lah. Beberapa tempat inilah yg aku kunjungi semasa di west coast.
Jadi pagi itu, aku jangkakan akan bertemu dgn tour guide american lah, i mean caucasian american lah, hispanic pun still ok lagi, tapi yg datang rupanya tour agent berbangsa cina yg sudah berhijrah ke US 18 tahun lepas, tapi english nya, macam haram. Nasib baik lah ada Chow yg menjadi translator Mandarin. Tapi agak frust lah aku, kerana baru aku realize, mgkn di amerika sudah tidak ada local yg ingin menjadi tour guide kot, sama macam di Malaysia tidak ada local yg ingin menjadi buruh.
Pagi tu dia (aku tak tanya nama dia, Chow yg communicate dgn dia) bawa kami bfast ke burger king, dan kemudian hantar kami ke Hotel Holiday Inn West Covina. Boleh tahan gak, tapi yg terkejutnye, hotel Holiday Inn, tapi yg run hotel ni pun Chinese gak. Tak jumpa pun org putih yg kerja. Guide tu tunjukkan satu mall area, katanya di situ banyak kedai2 yg boleh jalan2 dan tengok2. Hari itu kami cuma check in ke hotel tapi takde destinasi yg akan dilawati. Jadi petang & malam itu aku luangkan dgn berjalan2 di kawasan mall berdekatan hotel.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 13-Aug-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dari Niagara Ke Los Angeles
|
|
Pagi esoknya perjalanan bersambung lagi, dari Lake Erie ke Cleveland Hopkins International Airport. Tapi dalam perjalanan, beberapa tempat yg kami singgah.
Bertolak kira2 jam 9 pagi begitu, sampai di Beachwood, dalam lebih kurang jam 11 pagi, terus menuju ke Aurora. Di Aurora ata Factory Outlet Store, jadi barang2 berjenama agak murah sedikit di sini, dan jauh lebih murah dari di KLCC Malaysia. Lepak2 di sini agak lama, tak banyak barang yg dibeli, tapi lebih kepada rambang mata tengok2 je. Kalaulah mampu ye. Sorilah, sibuk jalan2, terlupa nak amik gambar.
kemudia dalam lebih kurang 230, pergi lunch dan terus ke airport, pulang kan kereta, parking, setelkan beg, n terus naik bas ke terminal, selepas tu, tggu flight lah pulak. Flight aku dari Cleveland ke Chicago, kendian connecting dari Chicago ke Los Angeles, akan tiba di Los Angeles lebih kurang 12 tgh malam.
Dan malam itu kami tidur di airport, di atas lantai yg dingin, pasal nak jimat duit, malas nak bayar hotel. Keesokan harinya, baru lah tour kami di West Coast bermula.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 12-Aug-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Niagara Falls
|
|
HEY, SORRYLAH, LAMA SGT TAK UPDATE, BZ SIKITLAH, DAH MASUK BULAN PUASA PUN, SELAMAT BERPUASA YE SEMUA
Pagi2 besoknye, cuba nak bangun awal, kali ini perjalanan agak jauh gak, lebihkurang 200 batu kalau tak silap, akan melalui 3 negeri, Ohio (memang dah dalam Ohio pun), Pennsylvania, dan juga New York. So macam biasa Chow yg drive, aku tak berapa ada hati nak drive sgt, sebab, aku tak biasa bawak auto, lagi satu aku takut tak boleh beza kan kiri dan kanan last2 masuk lorong bertentangan.
Jadi pagi tu perjalanan bermula lebih kurang pkl 1030 pagi, selepas breakfast kat hotel. Terus check out gak lah hari tu, pasal fikir mungkin tak sempat untuk balik ke Cleveland malam tu juga. Oh ye, flight ke Los Angeles esok dari Cleveland ye, jadi tetap kena patah balik juga. Tapi mungkin esok siang atau petang.
Drive ke Niagara tak laju sgt, lagu pun jeep tu agak goyang sikit di tahap kelajuan tinggi. Berhenti beberapa kali, dekat satu R&R (sini tak best pun) dan kendian bila dah separuh perjalanan dekat Hersheys(tempat yg Sting promote) kami berenti dekat satu gas station. Dekat sini kami waktu Asep dan aku sedang lepak2 merokok, ade seorang gadis orang putih duduk bersembang dan pau rokok kami. Dia dalam perjalanan ke Pittsburgh, tapi dia lagi steady beb, hitch hike naik truck yg besar2 tu. anyway, lepas dah lama sembang sikit, tiba2 dia nak ikut Asep pergi ke Niagara Falls pulak . Aku pun tak tahu lah ape yang Asep tipu perempuan tu. Kecil molek je orangnya, muda lagi dalam lingkungan 21 tahun. Tapi dah ada anak seusia 2 tahun. Masa dia tunjuk gambar anak dia kepada Asep, dia bertanya, Do you have a kid? jadi Asep jawap, No, I don't. I haven't marry yet. Lepas tu dia jawap balik, I haven't marry yet, but I have a kid. Aku dgn Asep pun senyum je lah. In the end, kami tinggalkan dia di gas station itu je lah. Malas nak menyusah kan diri.
Kita org sampai kat Niagara dah petang dah, lebih kurang dalam pukul 3 petang macam tu. Disebabkan tak biasa, kami parking dekat dgn pekan, Air Terjun jauh sikit, tapi tak laj jauh sangat, nyaman utk berjalan. cuma nak bagi tahu, kalau pergi ke sana, pastikan anda parking di tempat yg disediakan secara percuma, kalau parking kat tempat2 luar ni agak mahal lah, macam kami parking kena 10 dollar hari tu.
Dekat Niagara Sebenarnya cuma ada beberapa tempat yg perlu di lawati atau di buat, lain daripada itu adalah lebih kepada pengkomersilan tempatan utk memerah wang anda. Kalau anda berasal dari Malaysia, kerja di malaysia, gaji pun standard Malaysia, memang rasa tak best sgt lah nak melancong lebih2.
Beberapa tempat yg anda patut pergi:
Cave of The Winds - tempat yg air terjun jatuh tu, area ni di panggil bridal veil falls, musim panas je yg dibuka, kalau musim sejuk, tak dapat tgk ape lah, tapi yg bestnya tak payah beratur panjang. Awas :anda akan basah
Maid of the Mist - ini adalah perjalanan di atas bot sebenarnya, agak menarik jugak hari tu, tapi aku tak sempat, pasal sampai2 je, dah terlepas bot terakhir, dia bawak jalan2 area niagara falls tu lah.Awas: anda akan basah
Horseshoe Falls - Falls gak, tapi ini yg paling tepi sekali
American Falls - ni yg paling dekat dgn rainbows bridge, pergi ke Canada.
Canada side - kalau ade duit utk buat canada visa, buatlah, anda akan dapat lihat side niagara falls daripada canada side, dan pemandangannnye adalah lebih cantik dan menarik. Oh ye, dekat Canada side ni, perjudian adalah legal ye.
Kami habis jalan2, lebih kurang jam 7 malam macam tu, kemudia kami makan n bertolak pulang. Cadangnye, nak berhenti kat mana2 hotel atas highway je, tapi dah agak jauh travel sampai ke Pennsylvania barulah jumpa hotel yg kosong, musim panas dan hujung minggu, memang ramai pelancong domestik. Semua hotel full. n memang banyak hotel & motel di sana, memang industri servis di sana sgt rancak.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Aug-2006 14:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ibunegara RollerCoaster - Cedar Point
|
 |
|
ini dia kereta sewa, masing2 duduk bergaya
|
|
 |
|
dah sampai pekan sandusky
|
|
 |
|
bayu lembut menyapa
|
| | View all 22 photos... |
|
aku cuba cari perkataan roller coaster dalam bahasa melayu, tapi tak dapat fikir n tak dapat cari dengan sekelip matakata ganti roller coaster dalam bahasa melayu. berfikir tentang itu, kadang2 aku terasa lebih mudah utk mencari perkataan dalam bahasa inggeris drpd bahasa melayu. agak tidak menyenangkan sebenarnya. seolah2 bahasa melayu aku sudah semakin terpinggir. apa2hal pun, kita pergi ke entry pada hari ini ok........
orait, semua kerja dah habis....hari ini hari utk berjalan, target nak pergi ke cedar points....dalam discovery channel cedar points ni diletakkan di kedudukan ke 2 atau ke 3 tahap kesedapan roller coasternye....cedar points ni dekat sandusky...lebih kurang 2 ham memandu dari beachwood ke sandusky. kami sewa kereta utk pergi ke sana. aku sewa kereta drpd hertz, kos sewa selama 3 hari lebih kurang usd300 lebih. dalam internet aku book utk ford everest, saje gatal, tapi bila dapat jeep rupe nye. 3.7liter. hoh, aku kat malaysia nak bawak kereta 2 lilter pun tak termimpi. yg memandu chow, aku jadi penunjuk arah, asep bantai tido sekerap mungkin.
utk dapat direction, cari dari mapquest. dapat print ape semua, gamble je pergi. ingat nak bertolak pkl 8, tapi biaselah, pkl 9 baru kuar dari beachwood, dalam pkl 11 pagi baru sampai ke cedar point. masuk parking, dan parkingnya di tanah lapang bertar yg sgt besar dan sudah penuh dgn kenderaan, mak aihh,,,,baru bukak pkl 10 parking dah suku penuh dah. agak mahal lah parking, 10 usd.
tiket masuk 40 usd seorang, masuk dia bagi map, belek2 map tu tgk2 mana2 yg dekat2 n perlu di buat dahulu. utk memudah kan keadaan, ambil keputusan kita pusing taman ni ikut lawan jam. mana2 permainan yg menarik terus pergi beratur je.tiap2 satu tempat tu, panjangnye lah beratur, mau beratur sejam utk mendapatkan serbuan adrenalin 30 saat.
yg paling panjang beratur kat sini adalah top thrill dragster....sangat notorious utk kelajuannya, 160mph. perghhhh.....terus nampak kurus muka aku masa gambar auto tu snap....tapi aku takde gambar tu pasal aku tak sampai hati nak bayar 12 dollar utk sekeping gambar.
tapi yg tak bestnya kalau main2 benda2 macam ni, bila anda berkacamata, di nasihatkan, bukak je lah. kalau buatnya tercampak, jadilah anda seorang buta. jagalah mata anda, makan karet lebih sikit ye.
banyak gak lah permainan yg aku main, tak payahlah aku cerita, tgk lah gambar yg aku attach tu. semua gambar yg aku amik tu, aku main lah permainan tu.lepak sampai malam gak, sampai pkl 9. pkl 9 hari baru nak gelap, baru lah aku kuar dari cedar point. berenti makan kat pekan cedar point jap, first time aku pergi makan kat tempat yg ada org main violin, dan terpakse berbisik utk bercakap. dalam 11 malam macam tu, bertolak pulang ke beachwood balik. sampai beachwood pkl 1 pagi kalau tak silap.....balik terus tido....esok nak jalan jauh lagi......
tapi yg tak bestnya bila kamera anda habis betri sewaktu anda harap betri masih banyak lagi.....strezzzzzzzzzz lah.....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 6-Aug-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Minggu Konferens
|
|
entry ini meliputi dari tarikh 6 august ke 10 august. tak ada berapa banyak gambar sgt dan cerita yg menarik. tapi aku share lah ye beberapa gambar sepanjang konferens tersebut.alasan je pegi konferens ni, sebenarnya hati lebih nak bersiar2 dari kerja,,,,,,anyway boss, kalau u baca entry ni,,,,,thanks for sponsoring us......i balik i kerja lagi kuat utk dapatkan lebih banyak uang......sumpah abang tak tipu....
| Quote: | | kerjanya setahun, belanjanya habis sebulan |
[i]asep saidi setiawan, indonesia salesman[i]
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Aug-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Case Western Reserve Univ, The Flats & Cleveland Hard Rock Cafe
|
 |
|
Case Western Reserve University
|
|
 |
|
Ha ini Map dia, takde pagar tau univ ni, best......
|
|
 |
|
ini severance hall, tempat cleveland orchestra, dalam cwru gak
|
| | View all 16 photos... |
|
Hari itu hari Sabtu, beberapa tempat yg nak cover hari ni, university circle, the flats dan pelosok downtown yg aku tak sempat cover semalam.
pagi tu dapat keluar awal sikit, badan dah adjust dah dgn masa cleveland, kuar2 hotel memang terang benderang, tapi kesejukan dia masih lagi mengejutkan. panggil shuttle dari lobi hotel, mintak driver hantar pergi ke tren station warrensville. dari sini amik tren pergi ke downton, pas sehari usd 3.50. boleh turun naik tren sampai boring.
sampai kat downtown, amik tren hijau pergi ke stesen university circle. university circle ni sebenarnya adalah area Case Western Reserve University. Sepatutnya kat sini ada banyak muzium yg bagus2 n percuma sahaja. Seeloknye pegi jalan2 tgk muzium, tapi aku malas nak jalan, pergi kat Muzium of Contemporary Art, tengok tutup untuk renovation, jadi aku banyak lepak kat tepi tasik je lah, tgk tupai dan enjoy2 cuaca yg nyaman.
sories geng, entry ni tak abis lagi tapi fotopages dah upload dah...aku sambung balik ape aku buat pada tarikh ini
kembali bertemu
lepas lepak kat tasik tu aku nampak kat handout cwru ni ada masjid kat dalam university ni, aku pun amik lah langkah2 sebangai seorang muslim utk mencari masjid tersebut....jalan punya jauh, jumpa 3 gereja, 1 balai polis, 1 balai bomba dan 2 org wanita berpurdah hitam, sampai lah aku ke persimpangan, terus dah masuk macam kawasan2 yg tak berapa best (nampak byk je org hitam tgh lepak), kiri pergi ke tren station, kanan pergi ke atas bukit, belakang (adalah aku dah jalan 2 batu maleh aku nak patah balik), aku pun terus amik kiri, tak lalu lah nak pergi tmpt2 yg tak berapa konfiden aku ni.
balik dari tren tu perut pun dah lapar, cari2 punye tempat, memang semua makanan tak berapa best pun kat us ni, pegi lah aku ke Hard Rock Cafe Cleveland. Hoh, kat kl pun tak penah masuk hrc. sampai cleveland baru masuk hrc
satu trivia mengenai hrc, cafe ini bermula di london oleh sepasang suami isteri rakayat amerika. eric clapton suka lepak kat cafe ni kalau dia kat london, so satu hari dia mintaklah nak reserve satu table utk dia sepanjang dia stay kat london, pasal dia suka kat cafe ni, dia bagi lah tokey kedai ni gitar dia suruh gantung, seminggu lepas tu ade seorang artis rock (aku tak ingat sape) pun hantar gitar dia gak suruh gantung dgn satu nota berbunyi | Quote: | | put up my guitar, i am as good as eric clapton | ...so sampai hari ni hrc claim dia dah terima macam2 benda dari artist utk put up, latest count 60,000 memorabilia
perut pun dah kenyang, kenelah sambung jalan lagi....aku try pegi theatre district, takde persembahan pun, awal lagi masa tu, baru pkl 5, tapi dah nampak ramai org2 putih n hitam yg dress up nak pegi tgk theater la kot. tapi dia org naik keter, aku pulak jalan kaki, nak kena lalu kat tempat2 yg tak berapa best, tak sampai lah aku ke theatre district, patah balik ke down town, terjumpa kedai timberland, masuk ke dalam survey2, terjumpalah sepasang but timberland yg pada pandangan aku agak ok lah harganya, terus beli sepasang, pada harga usd40.
lepas beli kasut, rasa cam awal lagi nak balik beachwood, pergi lah lepak kat area around nama Flats, flats ni asalnya industrial area kat downtown ni, tapi mereka dah ubah jadi tempat hiburan pada waktu malam lah. Minum minuman keras punya tempatlah, strip bar pun ade org cakap. ada satu bangunan tu formerly powerstation, dia ubah jadi bistro2 n kelab2 lah dalam dia, tapi serombong asap dia masih lagi maintain. kebiasaannya org pergi flat ni naik boat, dock kat tepi lepas tu pergi lah ke kelab kegemaran depa.
aku lak lepak kat seberang sungai je tgk area flat, takde aktiviti pun, awal lagi masa tu, baru pkl 6. dorang cakap atas pkl 10 baru hip n happening, letih lah aku nak tggu.esok nak meeting dah. tempat aku lepak kat seberang sungai tu merupakan tempat mendarat general cleveland, kira2 tanah pertama yg dia jejak utk buka bandar cleveland lah, ramai org bawak binatang mereka jalan2 kat sini, dan ramai gak org2 gila yg lepak tepi sungai sambil cakap sorang2, aku dah letih, aku tido jap kat atas rumput tepi sungai tu, best, tak gatal langsung, tak berpeluh, nyaman2 je......dalam pkl 8 malam tu aku baliklah ke hilton beachwood.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 4-Aug-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Downtown Cleveland
|
|
hari pertama di cleveland, khamis 4 august, bangun agak lewat sikit....amik masa gak nak biasakan diri dgn keadaan semasa.bangun utk melihat pagi yg indah.tersedar dalam pkl 6 pagi, tapi dah cerah sgt.cuaca agak sejuk...tapi best dan cerah sgt. study dulu pasal tempat nak pergi di cleveland, dalam petang baru sampai ke bandar, agak simple gak nak sampai ke downton, pergi ke tren station, amik tren, tren nye simple shj, komuter kat malaysia lagi moden. tapi sistemnye efficient.
di downtown aku pergi ke beberapa tempat, following adalah summarynye...
tower city center
terminal tower dibina pada tahun 1923/24, ade 52 tingkat. bangunan kedua tertinggi dibina bila bangunan ni di buka. bangunan ni kat tgkat bawah sekali adalah hub transit, macam kl sentral kat malaysia lah. bangunan ni bersambung dgn ritz carlton n renaissance hotel. tgkt 42 patutnye bukak utk observation deck, tapi masa pergi tu tgh buat modification n repair job. maklumlah bangunan lama.
public square
kat dataran ni ade 4 area, biasanye guna utk acara awam, masa hari aku pergi tu, ade org buat shooting n amik gambar utk kahwin. kat dataran ni gak ade statue general moses cleveland, dia ni lah yg bukak bandar cleveland. terus letak nama dia.
soldiers & sailors monument
monument ni utk menandakan perang saudara, siap pada tahun 1894. dalam dia ade bilik yg ade tulis nama2 penduduk cuyahoga county (nama daerah bandar cleveland ni lah) yg berjuang dalam perang saudara.tapi hari tu pun tempat ni tak dapat masuk gak....tgh nak repair jalan ke ape....
old stone church/abraham lincoln bell
yg ini gereja tertua kat downtown, lama dah...tahun 1853 lagi dah ada.pernah terbakar, jadi bahagian dalam bina balik tahun 1890. loceng kat depan gereja ni di bunyikan sehari suntuk bila tren pengkebumian president lincoln berenti kat bandar ni pada 14 april 1865.
fountain of eternal life
monument ni commission pada tahun 1945 utk mengingati perang dunia ke 2, tapi tahun 1964 baru di gazettekan, jadinya veteran perang korea pun boleh masuk gak nama dia
lincoln statue
representation masa president lincoln bagi gettysburg address....ade kaitan dgn civil war gak kot....entahlah, budaya berperang sentiasa dekat di hati lah ni....
public auditorium
bangunan ke 4 yg dibina dlam pelan pembangunan tahun 1903. lebih kurang macam parlimen rakyat lah ni....
cleveland browns stadium
stadium tuan rumah cleveland browns. pasukan baru dalam NFL (american football).masa aku pergi sini, memang ramai org kebetulan first game utk college football, memang atmosfera perayaan lah, banyak ahli keluarga n keluarga turun beramai2
great lakes science centre
pameran science yg menekankan on hand experience, environment dan technology. tapi mgkn lebih sesuai utk kanak2 n awal remaja. dekat dalam museum ni pun ade imax gak.
rock & roll hall of fame
tahukah anda, term rock n roll berasal dari cleveland ohio?tolong refer pada tulisan di papan tanda pada gambar di bawah.dekat sini gak ade museum rock & roll, agak ok kot, tapi aku tak dapat masuk pun, takde budget utk ke muzium, jalan2 tau tempat je lah.
cuyahoga county courthouse
mahkamah je.
tapi kat downtown ni lah bermulanya confusion mengenai bangsa aku.....utk kali pertama aku di salah anggap sebagai african america.....ape dia org ni tak kenal anak melayu ke? malaysia pun tak pernah dengar....
tapi ini bukan kali terakhir aku disalah anggap.......
|
|
|
|
|