Want your
own Fotopage?









 
Fotopage Askar Jahat
Catatan Perjalanan AskarJahat
By: askar jahat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 21-Feb-2007 03:58 Email | Share | Bookmark
Kenduri Kahwin Lagi - Ulu Cheka

 
 
 
 
 
 
 
 
Wahai Jurnal,

Aha, waktu cuti panjang, di mana semua org galak nak buat kenduri kahwin, aku tak kenal pengantin ini secara peribadi, jadi entry kali ini akan ada konsep perbincangan yg sedikit berbeza. Dimana konsepnya adalah, event2 dan suasana di hari kenduri. Kalau2 anda dari bandar, amat payah sekarang untuk mendapat kenduri yg mempunya level yg sama seperti di kampung2. Inilah laporan saya.



Masjid Kampung Tok Sega, Raub Pahang, shot di ambil sewaktu tgh baring, tggu mak n diyanah siap solat, layan gak, nyaris lena gua.



Persada pelamin di hadapan rumah, jarang nak jumpa org bersanding dah sekarang ni.



Pangkin kat belakang adik sepupu aku ini adalah tempat basuh pinggan, di buat dari batang pinang dan 2 katil bujang yg tidak terpakai lagi.



Bangsal tempat memasak, kerbu dan lembu dah siap di masak malam sebelumnya, siang tu aku cuma tlg2 memasak ayam goreng, boleh lah, balik kg 2/3 thn sekali tunjuk muka, perhatikan atap di bangsal tak di paku, senang nak alih zink kalau hujan, masih menggunakan kayu api utk memasak, tgk tempat gak, kadang2 dapur gas dah mengambil alih peranan.



Inilah tempat di mana mak2, makcik2, wan2 nak kenal anak si anu dan si anu, tempat semua org perempuan yg veteran berkumpul sambil siapkan hidangan2. Awas tempat paling hangat di kampung untuk episod cari menantu, yeahhh.....



Shot istimewa yg di ambil dari sisi bawah bahagian tepi, menonjolkan alat muzik tradisional melayu Gong berlatar kan pokok yg ditumbuhi pohon parasit (tak ingat nama lah tapi, somebody help me, ada ayam something like that), kat kampung ni dorang tak main instrument kompang. Dia org panggil team muzik lain.



Inilah alatan muzik yg di mainkan, gendang setawok n gong berselangkan iringan bass dari kugiran org asli kat tepi sebelah kanan, saje je tak ambik. Stylo gak lah. Kebiasaannya kat area sini, malam tadinye, masa memasak dari jam 10 malam sampai ke pagi (dalam pkl 2/3 pagi cam tu kot, aku tak pernah stay sampai habis) akan ada kugiran main muzik live, n biasanya kugiran ini adalah kugiran org asli lah. Ok gak lah, scene yg berbeza di bandar, kat bandar sekarang ni banyak pakai jockey.



Inilah sekolah rendah di kampung aku. Mengabadikan nama seorang pawang diraja yg berasal dari ulu cheka, Tok Pawang Nong dikatakan bersepupu dgn moyang sebelah nenek perempuan aku dari pahang. Banyak kisah lisan yg disampaikan dari mulut ke mulut, tapi aku pun tidak berapa kenal dan tahu akan dia. Anda kenalkah tokoh tempatan di kawasan anda?












penuh rentetan peristiwa perkahwinan sejagat je dalam nie bro? buat la liputan upskirt (tak SLR pun takpe) remaja berpeleseran ke.. analisis harga semasa ayam-ayam spa ke (siap dgn gambar).. kehidupan malam warga lebanese di jalan PRamlee ke.. barulah teruja sket kanak2 macam aku nie. haha..

bila agaknya gambar kenduri ko nak di uploadkan nih...


a d a m
Wed 21-Feb-2007 21:52
Posted by: a d a m mike79star@yahoo.co.uk
Camon lah mike, aku bukan wartawan edisi siasat ntv7 nak buat follow up yg itu. Tapi satu idea yg menarik dan boleh diperkembangkan. Kau punya report dari middle east bila nak masuk?

Lambat lagi kenduri gua, mau kenduri kau dgn mahyudin yg aku upkan dulu nanti...

good luck bro...



a s k a r j a h a t
Thu 22-Feb-2007 03:25
Posted by:askarjahat zamri.che@gmail.com  - [Link]
suami saya org ulu cheka.lamanya tak balik ulu cheka.last balik bulan 11 ari tu masa arwah wan aku meninggal. joha nama pak mentua aku. Wed 14-Mar-2007 09:07
Posted by:miza yusmizay@yahoo.com
hujung bulan ni nak balik ulu cheka lagi, ade kenduri kahwin anaknye aki & wan embong, terima kasih kerana melawat fotopages ini Wed 14-Mar-2007 12:43
Posted by:a s k a r j a h a t zamri.che@gmail.com  - [Link]
ha..ha..aku pun lama x balik ulu cheka..rindu plak rasa kat abah angkat aku kat sana...umah kat kedai pekan sehari.. Sun 8-Jun-2008 16:26
Posted by:oli adiknaga7@yahoo.com.my
i pnh dtg sni time aki nyang ninggal...abg aki i....best ulu cheka nie...smue friendly n kelakar...hahahaha tmpat pun best if mlm sejuk ya amat tol hahahaha xsabar nak balik sni lg... best3 Sun 23-Aug-2009 07:23
Posted by:lost4joy phat_luna93@yahoo.com
i pnh dtg sni time aki nyang ninggal...abg aki i....best ulu cheka nie...smue friendly n kelakar...hahahaha tmpat pun best if mlm sejuk ya amat tol hahahaha xsabar nak balik sni lg... best3 Sun 23-Aug-2009 07:23
Posted by:lost4joy phat_luna93@yahoo.com
kenduri x best. lauk basi Wed 26-Aug-2009 22:24
Posted by:pak lang kumin
hello..... Thu 22-Oct-2009 08:12
Posted by:hamzah
apa khabar Thu 22-Oct-2009 08:15
Posted by:roneey
mezoh mn pulaak nih. meraban je. Sat 31-Oct-2009 03:19
Posted by:pak lang kumin


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.